Di Mana DIA dihatikusering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu), " Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya, itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan hakiki."Andainya ditanyakan kepadaku "dimanakah DIA dihatimu?"Aku hanya mampu menjawab, " Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintaiNYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintaiNYA.Justeru, kerana belum ada DIA dihatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunanNYA terbuka lebih luas dari pintu kemurkaanNYA. Selangkah aku mendekat, seribu langkah dia merapat. Dan akhirnya, aku yakin..suatu saat nanti, akan ada DIA dihatiku dan di hatimu jua.
Monday, June 10, 2013
Adakah DIA dihatiku?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment