Monday, June 10, 2013

Adakah DIA dihatiku?



Di Mana DIA dihatiku

sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu), " Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya, itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan hakiki."

Andainya ditanyakan kepadaku "dimanakah DIA dihatimu?"

Aku hanya mampu menjawab, " Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintaiNYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintaiNYA.

Justeru, kerana belum ada DIA dihatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunanNYA terbuka lebih luas dari pintu kemurkaanNYA. Selangkah aku mendekat, seribu langkah dia merapat. Dan akhirnya, aku yakin..suatu saat nanti, akan ada DIA dihatiku dan di hatimu jua.


Friday, January 4, 2013

ustazah jatuh cinta


USTAZAH JATUH CINTA

Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?Tapi layakkah ustazah jatuh cinta?Mereka juga punya hati dan perasaan.Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di hati.Namun sebaliknya.

Ketika ustazah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci
Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

Ketika ustazah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.
Alangka kasihannya jika ustazah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

p/s : Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya. insyaALLAH, semuanya dengan izin ALLAH

Sunday, April 8, 2012

HAMBA YANG BAGAIMAANA AKU INI

azan sedang berkumandang.
“Ah…jap lagilah solat. Nak abeskan baca facebook dulu”.
Bebola mataku yang sebelum ini berwarna tahi cicak, hitam putih beransur-ansur bertukar menjadi bebola api. Merahnya begitu menyengat.
“Aduhhhhh…Sakitnya mata. Lenguhnya tengkuk. Lah…patutlah dah kul 4 petang. Tak sedar plak dah lama main facebook”.
Dan aku pun menunaikan solat Zohor tanpa nafsu sebagai hamba. Sekadar tonggang tonggek dan memberi salam kiri kanan. Bagai kilat menyambar begitulah kepantasan aku solat dengan doa yang paling pendek. Kadang-kadang tak doa pun.
Aku minta apa dalam doa pun aku tak tahu. Cuma mulut aku terkumat kamit membaca karangan Bahasa Arab. Jasadku di atas sejadah. Roh, jiwa dan fikiranku terbang menggapai langit-langit yang indah. “Oh! Ada awek cun add aku tadi. Jap lagi nak usha facebook dialah”.
Semangatnya aku.
Aku ulangi tabiat yang sangat baik ini setiap hari. Berjam-jam lamanya aku di dunia internet. Macam-macam yang aku layari. Orang kata nak jelajah dunia kena belayar di laut. Aku jelajah dunia dengan belayar di internet.
Aku puas.
hamba apakah aku ini
HAMBA APAKAH AKU?
Dunia internet. Facebook. Twitter. Blog. Agaknya ada lagi yang lebih penting daripada Allah?
Kita ini hamba. Hamba kepada Tuan yang sangat besar kuasa-Nya. Sangat tinggi kasih sayang-Nya. Dengan hanya sedikit limpahan rahmat-Nya dimasukkan ke dalam dada semua hamba-Nya. Kita mampu pula berkasih sayang sesama kita.
Mampu menghubungi antara satu sama lain dengan nikmat internet yang diberi Allah.
Dia yang mencipta kita. Untuk apa?
Semata-mata hanya untuk beribadat kepada Allah. Alah mencipta dunia dan segenap perhiasannya untuk dijadikan medan tarbiyyah buat kita. Ibarat mencipta akhirat untuk tempat penghisaban amalan dan mencipta pula neraka dan syurga sebagai tempat balasan kita. Ia tempat yang kekal abadi. Yang tidak ada kematian lagi. Ia tempat terakhir perjalanan roh.
Berfacebook, berchatting dan bermain game adakah suatu ibadat untuk kita persembahkan kepada Allah? Adakah dengan komponen-komponen di dalam aktiviti ini mampu menjadi batu asas binaan mahligai di syurga kelak?
Oh! Di mana nilai kita sebagai seorang hamba di mata Allah? Tidakkah kita risau?
Seorang hamba itu hidupnya tidak dihiasi dengan bermaksiat. Hatta “bermaksiat” dengan waktu. Hatinya seringkali diservis untuk perjalanan yang jauh menuju ke padang mahsyar. Dia telah bersiap siaga dengan bekalan amalan di dunia.
Tidak ada perintah yang lebih dijunjung oleh seorang hamba Allah itu melainkan perintah Allah.
Dia merdeka daripada keterikatan kepada makhluk, hawa nafsu dan kebendaan. Kebergantungannya hanya kepada Allah yang semakin hari semakin kuat, sehingga ia mampu hidup berdikari dan tidak mengharap ihsan orang lain.
Cukuplah Allah sebagai penghibur hatinya. Bukan internet. Bukan game. Bukan Facebook. Bukan movie Korea. Bukan chatting.
Itulah nilai seorang hamba Allah. Makin hari makin sayang dengan Allah. Makin hari makin tenang dalam dakapan kasih sayang Allah.
Seperti dalam firman Allah SWT dalam surah as-syams, manusia itu dikurniakan dua pilihan jalan, jalan KETAQWAAN  dan jalan kefasikan. Beruntunglah yang memilih jalan ketaqwaan dan merugilah yang memilih jalan kefasikan.
.http://muslimdoktor.blogspot.com/ Nur Na’imah Bte Amarudin adalah Mahasiswi Perubatan UKM. Baliau antara penulis web iluvislam.com dan juga Kolumnis Majalah ar-Razi (muslimdoktor) serta Kolumnis Majalah Era Muslimah (suara kampus). 

bukan ku pinta

-->
Gio - Bila Cinta
Bila Cinta Kini
Tak Lagi Bermakna
Yang Ku Rasa Kini
Hanyalah Nestapa
Ditinggalkan Cinta Masa Lalu
Dulu Kau Tawarkan
Manisnya Janji Mu
Dan Ku Sambut Itu
Dengan Segenap Hati Ku
Hingga Engkau Pergi
Tinggalkan Ku
Hilangnya Cinta Mu
Menusuk Hati Ku
Hingga Ku Memilih
Cinta Yang Fana
Perginya Diri Mu
Merobek Jantung Ku
Hingga Ku Terjatuh
Dalam Harapan
Ku Sebut Nama Mu Disetiap Doa Ku
Bangkitkan Setia Kenangan Tentang Mu
Yang Ku Dapat Hanyalah Bayang Mu
Hilangnya Cinta Mu
Menusuk Hati Ku
Hingga Ku Memilih
Cinta Yang Fana
Perginya Diri Mu
Merobek Jantung Ku
Hingga Ku Terjatuh
Dalam Harapan
Oohhhh
Dalam Harapan
Ooohhhhuuu
Hilangnya Cinta Mu
Menusuk Hati ku
Hingga Ku Memilih
Cinta Yang Fana<