Kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang
Setelah ia mula menyayangimu
Hendaklah kamu menjaga hatinya
Jangan sesekali kamu meninggalkan begitu saja
Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimu
Jika kamu menadah air biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar keperluanmu
Apabila sekali ia retak
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula
Akhirnya ia dibuang
Sedangkan jika kamucuba membaikinya
Mungkin ia masih dapat digunakan lagi
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
Terimalah seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
Dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Apabila sesekali dia melakukan kesilapan
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya
Sedangkan jika kamu memaafkannya
Boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya
Jka kamu telah memiliki sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Mengenyangkan…berkhasiat
Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya
Kamu akan menyesal
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insane
Yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu
Menyayangimu…mengasihimu
Mengapa kamu berlengah
Cuba membandingkannya dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan
Kelak kamu akan kehilangnnya apabila ia menjadi milik orang lain
Kamu juga akan menyesal…
Bersyukur dan redha dengan apa ynag dikurniakan olehNya….alhamdulillah.